Tuesday, December 28, 2010

Disember

Di hari selasa yang berbahagia ini, saya memohon dan berdoa pada Allah swt agar hari akhir-akhir Disember ini adalah cerita paling menarik dalam sejarah hidup saya.

Sepanjang minggu lepas aku mengalami kompilasi gangguan kesibuk
an yang amat dahsyat sehingga menyebabkan rumah saya (bukan rumah tangga ye) bagaikan dilandakan badai. Maksud saya tidak terurus. Terpaksa berkejar ke sana ke mari.

Setiap hari saya balik 630 adakala lewat ke 730 mlm. Kerja govern pun balik lewat ke? Itulah yang saya hadapi.

Tekanan kerja (teknikal+pengurusanprojek+perangai) pelu di imbangi dan aktiviti (kerja govern terlibat dengan pelbagai aktiviti sama ada jabatan atau pun unit). Perlu melibatkan diri, ini sosial antara kakitangan.

Nasib baik bulan ni kelas tak de, namun kerja-kerja menjahit saya kena ambil kira juga untuk releasekan tension saya. Dapat la buat sikit, xpela, janji ade saya nak ruang untuk saya tenangkan fikiran.


Senyuman penawar+penghilang rasa duka kami berdua setiap kali balik kerja. Hehe. Fuhhh..

My hubby pula juga sibuk, hari-hari balik lewat nak dekat 9-10 malam. Pagi dah keluar awal-awal. Jumpa Aisyah pun time pagi-pagi nak hantar ke rumah mak (tingkat atas saja). My hubby sabtu pun kerja. Ada satu hari Ahad tu siap, saya dan Aisyah join sekali dia gi opis. Takpela pastu bawa Aisyah gi jalan-jalan di Great Eastern Mall. Cara my hubby nak release tension dengan memasak, sedap juga dia masak (dapat makan sedap) tiap-tiap minggu Disember ni. Hehe.

Aisyah? Ooh, dialah yang saya paling kasihan. Masa senggang untuk saya dan hubby bersama dengan Aisyah adalah sangat limited. Macam saya hari Sabtu dan Ahad dapatlah bermanja dengan Aisyah. Dan hari Ahad dapatlah bermanja dengan Abahnya.

Saya baru 7 bulan setengah.

Aisyah ni pula dah pandai sebut 'Bah, bah, abah......' . Bila nak sebut Ibu ' bu, bu, bu... ' ni sayang. Cepat-cepat... Ibu, Ibu, Ibu.. hehe. Jeleslah, mana boleh sebut Abah je, kena la sebut Ibu juga.


Masa untuk dia kena pulang balik (lepas finish semua-semua kerja). Yeah, tengah mencari-cari ruang dan perancangan untuk ke Tahun BARU 2011. Yeah!!!

2011 are coming..




Thanks Disember! Segalanya bagai dipermudahkan. Yang pasti, baik datang dari Allah swt. Yang kurang itu datang dari saya sendiri.

*Dalam kesibukan ini, saya hanya mampu berdoa ada masa dan ruang yang tenang untuk saya menunaikan solat.

No comments: