Wednesday, December 15, 2010

Much +++

Aduh, ngantuknya mata ni, berat sungguh, hari ni mmg mmg nak dok kat opis buat keje-keje yang ditinggalkan kat opis. Tolong lah, saya perlukan masa untuk buat kerja segala surat yang tertangguh-mangguh(ada ke perkataan ni?.. belasah je, kata nak cepat).

Kerja-kerja saya sekang ni perlu tackle perangai orang dari buat kerja. huhu ~~~ full stop. Takpela, saya xmahu sentuh langung tentang kerja sebab blog ni saya buat atas salah satu usaha untuk releasekan tension, kerja tensen-tensen pun buat ape kan? Mesti nak kena ade life (kehidupan) juga. Next post saya akan ceritakan pengalaman saya kenapa saya nak ubah haluan hidup saya. :D

Banyak post yang saya dah draft, cuma masa agak kesuntukan, masa sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja, sebagai pelajar, sebagai anak.. dan berbagai-bagai lagi. Inilah kehidupan yang perlu kita lalui, bukan mendatar, tapi pelbagai situasi (macam jalan raya) ada lopak, ade cantik, ade berbonggol. Yang penting, sentiasa tawakal, usaha dan berdoa pada Yang Esa.

Sampai sekarang ni saya masih mencari masa untuk memastikan agar saya ada masa untuk diri saya. Yeah, menjahit, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bercabang sebenarnya aktiviti menjahit ni. Pagi-pagi jam 3 saya dah ngadap mesin jahit. Target untuk menjahit selimut Aisyah. Belum siap lagi, sempat buat sikit sahaja. Kena list ni ape yang perlu dihabiskan dalam bulan Disember ni. Keje banyak buat separuh2. hehe

1. Baju Aisyah 7 pasang
Progress (50%)
2. Dua Selimut Aisyah Progress (20%)
3. Baju Sendiri - Lengan pendek, perlu hantar jahit tepi dulu
Progress (40%)
4. Beg Selempang
Progress (40%)

- akan dibuat (kain dah ready)
1. Snow Cap Aisyah
2. Legging Aisyah

Banyak juga nak kena siapkan tu, minggu depan nak daftar semester baru(kena bayar yuran)- saya kena sambung sebab result saya sangat baik :D - Aisyah selalu kejutkan saya bangun malam untuk baca buku (susukan Aisyah), nak serah projek, ade dinner opis, gaji pun minggu depan. haha

Saya mampu dan akan cuba yang terbaik. Thanks blog, thanks famili, thanks husband, thanks Aisyah, and all for the good advice and support!!! :DDD



No comments: