Monday, April 11, 2011

Sibuk Kembali

Minggu yang agak sibuk dan hidup xtentu hala, yang pasti, kat rumah kena selesai dulu sebelum kerja+belajar. Waktu sekang ni hari2 pun kena puasa sebab nak dekat 20hr xganti lagi ni, 2minggu lepas sempat habiskan 5hari puasa, sempat sebelum raya bulan 8. Menunaikan janji utk puasa, kalo x hubby den xnak raya sakan tahun ni. hehe. mane leh kan? haha.

Pasni kena start balik aktiviti berblogging, nasib baik sekang pekse, orait, esok first paper. So Awin, GOOD LUCK!

p/s: Dapat wish kad dari member, wah, xdisangka2!..haha

Tuesday, March 1, 2011

Kerja ku di ‘REJECT’

Uish, jika tengok gambar ni sure tensen, hasil kerja tangan yang xmemberangsangkan, perlu bukak semua jahitan, pastu, jahit balik..

Mau taknya, rase serba-serbi tak kena.. Lihat gambar dibawah..

.

.

.

.

Jeng! Jeng! Jeng!

Ingat nak pakaikan Aisyah baju ni time kenduri kak Eton (sepupu)

Isk, perlu buat balik ni, nak minta tolong sifu komen, mmg kena ler satu-satu, hehe,

but gud2, mmg tak betul pun, mmg patut kena tegur.. hehe

other, kain felt utk ABC Aisyah


 


 

Friday, February 25, 2011

Masa untuk BELAJAR

Final dah nak dekat, kira-kira hanya berapa minggu sahaja lagi ni, wah, kena la bangunan malam dan study, xpe2, Aisyah boleh kejutkan. Namun, jika dah tatap dia tidur, mmg terasa nak tido lagi... waaaaaa

Friday, February 18, 2011

Colour Vibration Therapy dan Bumi

Rasa lega sikit hari ini, baru menyiapkan baki-baki kerja untuk projek seterusnya. Mestilah, kerja hakiki perlu siap sebelum buat kerja-kerja part-time (berblog ler.. hehe).

Semakin umur meningkat, semakin banyak rupanya explosure dunia luar. Takpe, grab semuanya selagi kita boleh. Mesti boleh. Ni namanya peluang, peluang yang tiada untuk kedua. Bukan senang kita nak dapat satu-satu ilmu tu melainkan dengan cara komunikasi, selidik (GOOGLE kan ada) dan pembacaan.

Pertama sekali saya nak berkongsi tentang CVT (Colour Vibration Therapy). Oh, minggu lepas saya perlu hadiri temuduga dan saya sangat 'stress', yelah kan macam-macam perasaan temuduga ni. Post pun limited. Kembali balik .. :D... saya didiagnose dan mencuba mandia terapi ais. Fuhhh.. mmg pengalaman baru, saya selalu juga pergi mandi susu n buat treatment di SPA. Lain betul perasaan dan berbeza, perasaan yang sangat-sangat tenang dan hati terasa bersih (Tu yang penting, if dalam dah bersih. luar Insya Allah bertambah bersih)Itulah penangan CVT, cara pembersihan dari dalam bagi pendapat saya (setiap orang lain-lain pendapat). Banyak juga saya dapat inf dari diorang ( Azlia Idha + Noraizan Zie + Dr Izwan) ni dan mereka bertiga sangat membantu. Saya pasti kembali lagi bawa hubby saya ler .Tatkala ni dia pun stress juga. Banyak keje wooo... balik pun lambat.

Saya pernah terfikir semasa semester lepas, time tu ambil subject environmental, buat projek pulak tajuk 'Environmental Impact Towards Development of Metropolitan City'. Tajuk ni prof puji, namun terlalu besar skopnya. Cam mana leh dapat idea ni? saya membesar di Kuala Lumpur (Kota yang tak pernah tidur... suka lagu Noh+Altimet tu, haha). Banyak maklumat yang saya dapat salah satunya dibandar ini dari setiap sudut ada pencemaran, walaupun kita berada dalam kereta yang ber'air-cond' time kesesakan jalan. Terlalu banyak bahan kimia disekeliling kita walaupun kita berada dalam bilik (bangunan concrete). Uishh, lagi-lagi Kuala Lumpur ni semakin padat, aduh..dah mungkin akan jadi bandar metropolitan satu hari nanti seperti dibeberapa bandar besar. Namun sedarkah terlalu banyak ion-ion negatif disekeliling. Itu yang kan menyebabkan kita cepat jatuh sakit, makanan tak terjaga, tempat tinggal. Bagus juga belajar chemical(civil ambil chemical.. saya minat environmental engineering., hopefully ade subject chemical dia offer lagi.. haha) ni. hehe.. rasa banyak lagi nak kata ni, xpela. Siapa-siapa nak baca penemuan(research) saya ni, simple je, assignment biasa, tapi boleh la if nak tambah-tambah info. Boleh ambil di SCRIBD.

Pandangan saya, kita perlu tahu keadaan kita didalam bumi sekang ini dan dimana kita berada. hehe. Sayang BUMI, GO GREEN! :D

# nak belajar tanam pokok belakang rumah, ajak Aisyah sekali.

Saturday, February 12, 2011

Bak Tongkang Pecah

Alangkah sibuknya minggu ini, kemuncak kepada kesibukan, akhirnya rumahku bagai dilanda bah besar, langsung xberkemas.

1. Kami berdua baru sahaja menyelesaikan kewajipan untuk masa hadapan, tak pasti denganjawapan, namun begitu, hanya berserah dan redha dengan segala usaha, tawakal, doa kepada Yang Maha Esa.

2. Banyak assignment yang tak siap lagi, silalah kumpul dan tergugat dengan adegan-adegan tidur Aisyah yang sangaT menyenyakkan di waktu malam.

3. Mesin jahit yang saya sangat rindui. Ku rindui kamu. Banyak sungguh pattern mudah yang perlu dipelajari! Burdastyle!

4. Saya rindukan masakan dari dapur sendiri dan makan bersama hubby dengan banyak!

5. Aisyah semakin cepat belajar dan pandai bermain. Tolonglah, sesaat sangat berharga untuk tinggalkan kamu!

6. Almari yang beru dibeli hanya menjadi hiasan, silalah kemas kotak-kotak agar ada tempat bermain untuk Si Aisyah. Yeah, ibu nak grooming bilik tu.

7. Banyak kerja di opis woooo!

Misi & visi yang patut berjalan seperti biasa. Hari ini tidak seperti semalam. Semalam yang penuh impian, moga ada Allah swt menambah rezeki kami. Amin.

Wednesday, February 2, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Saya Juga Mahu Tido



Best juga tgk Aisyah tido.. lalalalalalalaaaa

Bile dah tengok Aisyah dan abah dia tido, assignment tolak tepi, badan landing perlahan-lahan.. huh.. seronoknya tido time ngantuk2 ni... hehe


Monday, January 31, 2011

4/12/2010 - Suria KLCC

Gambar dah lama ni, rugila if Ibu tak post di sini, punya melambak gambar yang tak hantar-hantar print lagi (termasuk gambar kahwin), better post kat sini dulu.

Ibu ajak abah jalan-jalan gi Suria KLCC bawa Aisyah!






Like MOTHER Like DAUGHTER


Sunday, January 30, 2011

Handmade : Cadar/Selimut Aisyah

Berjaya juga menyiapkan untuk anakanda tercinta. Yela, baru belajarkan, ni pun potong dan jahit lurus-lurus je, practise basic dulu. Kasi warming-up.

Potong kain cotton (saya beli kat Kamdar besar di Jalan TAR aje, murah dan banyak pilihan) dalam 2inchi atau 3inchi, lebar dan 45 inchi panjang selepas tu attachkan dan jahit. Supaya cadar/selimut ni tebal, saya letakkan badding. Yang paling pentingpemilihan corak kain dan mainan warna yang bersesuaian menambahkan seri lagi pada selimut tu. :D




Anak Ibu ni lagi satu hari cukup 8 bulan, mencuba untuk duduk, namun masih lagi dikawal nenek. Surelah, nenek takut Aisyah jatuh ke belakang, kang nangis lagi.. hehe


TERIMA KASIH IBU!

Monday, January 24, 2011

Ibu Abah Sibuk

Nasib baik Aisyah tinggal dengan Mak dan Abah, tak la rase Aisyah terabai. Tatkala kini, sangat manja dengan Ibu. Nak update gambar, tertinggal pula di rumah. Ni pun curi-curi masa yang ada (Lunch time).

Takpe, malam ni, akan ku update gambar mana-mana yang ada. Hehe. Ptg ni nak kena hantar Assignment. Fokus ni dulu, baru bersuka-ria. Banyak nak upload ni. :D

Wednesday, January 5, 2011

Keberkatan

First entry di tahun baru, alamak, kepala asyik running sahaja dari semalam. Masih ada lagi benda yang masih belum diselesaikan.

Masa untuk memperkemaskan semua kerja dari opis ke rumah. Melepaskan geram dengan membeli jam (dah lama xbeli jam.. haha). Agar setiap saat lebih dihargai lebih-lebih lagi untuk sujud kepada-Nya.

2011 dan ni, satu apa pun tak mula lagi, banyak-banyak. Malam tadi ada masa lapang sikit menjahit menyiapkan selimut Aisyah, ada juga barangan yang dibuat sendiri jadi kenangan dan dihadiahkan pada dia. Patutnya aktiviti menjahit ini boleh mula sejak Aisyah dalam perut lagi, tp maklumat sampai lambat. Maybe yang akan datang, if ada lagi dalam rahim ini, saya akan postkan cara-cara penyediaan keperluan barang-barang untuk kelahiran baby.( ade ke? ..:D) Uish. Menarik idea tu. Macam-macam boleh buat, head reben, cap, clothes, cadar, sarung bantal, erm banyak la.. boleh buat buku. Hehe. Xpela, maybe ada kelapangan nanti saya up-datekan barang-barang yang saya dah buat untuk Aisyah untuk tatapan dan kita belajar sesama.


Apa yang jadi cuti tahun baru lepas? Kami berdua kepenatan, langsung tak jalan kemana-mana, menghabiskan masa di rumah. Kami berdua dengan Aisyah mmg menhabiskan masa sepenuhnya dirumah. Yela, mana taknya, hari-hari pun balik lambat sejak semenjak ni, kami replace balik waktu tidur dan waktu yang sepatutnya berada di rumah habis habisan. Tiada rancangan untuk hari tersebut, namun banyak rancangan untuk akan datang.


Intention bukan pada duit tu, tp reaksi Aisyah! hehe, sekian.

Tuesday, December 28, 2010

Disember

Di hari selasa yang berbahagia ini, saya memohon dan berdoa pada Allah swt agar hari akhir-akhir Disember ini adalah cerita paling menarik dalam sejarah hidup saya.

Sepanjang minggu lepas aku mengalami kompilasi gangguan kesibuk
an yang amat dahsyat sehingga menyebabkan rumah saya (bukan rumah tangga ye) bagaikan dilandakan badai. Maksud saya tidak terurus. Terpaksa berkejar ke sana ke mari.

Setiap hari saya balik 630 adakala lewat ke 730 mlm. Kerja govern pun balik lewat ke? Itulah yang saya hadapi.

Tekanan kerja (teknikal+pengurusanprojek+perangai) pelu di imbangi dan aktiviti (kerja govern terlibat dengan pelbagai aktiviti sama ada jabatan atau pun unit). Perlu melibatkan diri, ini sosial antara kakitangan.

Nasib baik bulan ni kelas tak de, namun kerja-kerja menjahit saya kena ambil kira juga untuk releasekan tension saya. Dapat la buat sikit, xpela, janji ade saya nak ruang untuk saya tenangkan fikiran.


Senyuman penawar+penghilang rasa duka kami berdua setiap kali balik kerja. Hehe. Fuhhh..

My hubby pula juga sibuk, hari-hari balik lewat nak dekat 9-10 malam. Pagi dah keluar awal-awal. Jumpa Aisyah pun time pagi-pagi nak hantar ke rumah mak (tingkat atas saja). My hubby sabtu pun kerja. Ada satu hari Ahad tu siap, saya dan Aisyah join sekali dia gi opis. Takpela pastu bawa Aisyah gi jalan-jalan di Great Eastern Mall. Cara my hubby nak release tension dengan memasak, sedap juga dia masak (dapat makan sedap) tiap-tiap minggu Disember ni. Hehe.

Aisyah? Ooh, dialah yang saya paling kasihan. Masa senggang untuk saya dan hubby bersama dengan Aisyah adalah sangat limited. Macam saya hari Sabtu dan Ahad dapatlah bermanja dengan Aisyah. Dan hari Ahad dapatlah bermanja dengan Abahnya.

Saya baru 7 bulan setengah.

Aisyah ni pula dah pandai sebut 'Bah, bah, abah......' . Bila nak sebut Ibu ' bu, bu, bu... ' ni sayang. Cepat-cepat... Ibu, Ibu, Ibu.. hehe. Jeleslah, mana boleh sebut Abah je, kena la sebut Ibu juga.


Masa untuk dia kena pulang balik (lepas finish semua-semua kerja). Yeah, tengah mencari-cari ruang dan perancangan untuk ke Tahun BARU 2011. Yeah!!!

2011 are coming..




Thanks Disember! Segalanya bagai dipermudahkan. Yang pasti, baik datang dari Allah swt. Yang kurang itu datang dari saya sendiri.

*Dalam kesibukan ini, saya hanya mampu berdoa ada masa dan ruang yang tenang untuk saya menunaikan solat.

Wednesday, December 15, 2010

Much +++

Aduh, ngantuknya mata ni, berat sungguh, hari ni mmg mmg nak dok kat opis buat keje-keje yang ditinggalkan kat opis. Tolong lah, saya perlukan masa untuk buat kerja segala surat yang tertangguh-mangguh(ada ke perkataan ni?.. belasah je, kata nak cepat).

Kerja-kerja saya sekang ni perlu tackle perangai orang dari buat kerja. huhu ~~~ full stop. Takpela, saya xmahu sentuh langung tentang kerja sebab blog ni saya buat atas salah satu usaha untuk releasekan tension, kerja tensen-tensen pun buat ape kan? Mesti nak kena ade life (kehidupan) juga. Next post saya akan ceritakan pengalaman saya kenapa saya nak ubah haluan hidup saya. :D

Banyak post yang saya dah draft, cuma masa agak kesuntukan, masa sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja, sebagai pelajar, sebagai anak.. dan berbagai-bagai lagi. Inilah kehidupan yang perlu kita lalui, bukan mendatar, tapi pelbagai situasi (macam jalan raya) ada lopak, ade cantik, ade berbonggol. Yang penting, sentiasa tawakal, usaha dan berdoa pada Yang Esa.

Sampai sekarang ni saya masih mencari masa untuk memastikan agar saya ada masa untuk diri saya. Yeah, menjahit, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bercabang sebenarnya aktiviti menjahit ni. Pagi-pagi jam 3 saya dah ngadap mesin jahit. Target untuk menjahit selimut Aisyah. Belum siap lagi, sempat buat sikit sahaja. Kena list ni ape yang perlu dihabiskan dalam bulan Disember ni. Keje banyak buat separuh2. hehe

1. Baju Aisyah 7 pasang
Progress (50%)
2. Dua Selimut Aisyah Progress (20%)
3. Baju Sendiri - Lengan pendek, perlu hantar jahit tepi dulu
Progress (40%)
4. Beg Selempang
Progress (40%)

- akan dibuat (kain dah ready)
1. Snow Cap Aisyah
2. Legging Aisyah

Banyak juga nak kena siapkan tu, minggu depan nak daftar semester baru(kena bayar yuran)- saya kena sambung sebab result saya sangat baik :D - Aisyah selalu kejutkan saya bangun malam untuk baca buku (susukan Aisyah), nak serah projek, ade dinner opis, gaji pun minggu depan. haha

Saya mampu dan akan cuba yang terbaik. Thanks blog, thanks famili, thanks husband, thanks Aisyah, and all for the good advice and support!!! :DDD